Skip to main content

Bola Sepak

Soldado setuju sertai Fenerbahce

soldado-cropped_cnpsrjqvv69d15ohbiewghi6c.jpg
Roberto Soldado bersetuju untuk meninggalkan Villareal bagi menyertai Fenerbahce.

Kedua-dua kelab itu telah mengesahkan perpindahan tersebut dengan kelab Turki itu dilaporkan membayar GBP4.5 juta (RM25 juta).

Soldado dijadualkan tiba di Istanbul hari ini dan Fenerbahce menjelaskan pemain itu 100 peratus bersetuju untuk berhijrah.

Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu turut memuat naik gambar ke laman Twitter miliknya bagi menunjukkan dia dalam perjalanan ke Turki.

Soldado telah menghabiskan dua musim bersama Villareal sejak meninggalkan Totenham Hotspur di England.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya meledak sembilan gol dalam tempoh dua musim dan kecederaan lutut 'anterior cruciate ligament' (ACL) turut memaksa dia beraksi sebanyak 10 perlawanan sahaja musim lalu.

Soldado pernah mewakili Real Madrid, Osasuna, Getafe dan Valencia.

Advertisement

Must Watch Video