Jurulatih Perlis, Manzoor Azwira Abd Wahid, yakin pengurusan Perlis FA akan mengotakan janji biarpun ada pemain yang sudah mula tidak senang duduk selepas janji pihak pengurusan untuk melunaskan kelewatan dua bulan gaji yang sepatutnya selesai kelmarin tidak berlaku.
Pelbagai spekulasi membabitkan Perlis sudah mula bertebaran, paling ketara adalah konspirasi pemain untuk memboikot aksi pertama bertemu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), esok.
Situasi itu segera dinafikan Manzoor yang sebaliknya menegaskan bahawa dia bersama pemain masih percaya dengan janji pihak persatuan untuk menyelesaikan hal itu secepat mungkin.
"Kami tidak mahu panjangkan lagi isu ini, lagipun pihak pengurusan dah berikan jaminan untuk selesaikan (masalah gaji ini).
"Kalau kami berterusan mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini, ia tidak akan selesai.
"Jadi, kami memberi fokus kepada perlawanan sahaja," katanya.
Biarpun isu kelewatan pembayaran dua bulan gaji gagal diselesaikan, sesi latihan Perlis di Padang B, Universiti Malaya (UM) semalam tetap berlangsung seperti biasa.
Manzoor turut mengadakan pertemuan tertutup dengan anak buahnya sebelum sesi latihan bagi memastikan motivasi mereka tidak goyah memandangkan saingan Liga Malaysia baru sahaja membuka tirai.
"Ini bukan perkara baru dalam Liga Malaysia, lagipun pemain-pemain sudah pun masak dengan perkara seumpama ini.
"Tetapi, pemain tetap memberi fokus kepada aksi esok memandangkan kami akan mengharungi musim baru.
"Oleh itu, kami tidak mahu hal-hal seperti ini menjejaskan fokus pasukan," tambahnya.