Skip to main content

Bola Sepak

Singa Utara raih kemenangan pertama

asiana-58944.jpg
Skuad Singa Utara bangkit mengutip tiga mata pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini setelah membenam UiTM 3-0 di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.

UiTM turun melayan kunjungan Perlis tanpa penyerang, Zarko Korac, yang masih belum tiba ke tanah air sementara pasukan Perlis berhasrat untuk mencari tiga mata di Shah Alam.

Di sebalik masalah yang melibatkan tunggakan gaji, Perlis tetap menampilkan aksi terpuji dengan mempamer corak permainan yang menarik.

Usaha mereka berbaloi apabila Khyrill Muhaimeen Zambri membuka jaringan pada minit ke-31 selepas mudah menolak bola ke gawang hasil hantaran Fakrul Razi Kamaruddin.

Lima minit kemudian, Khyrill sekali lagi meledak menerusi tandukan apabila menyempurnakan umpanan Safee Sali.

Aksi dalam babak kedua pula menyaksikan giliran awang import, Kevin Osei, merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-72.

Khyrill berpeluang untuk menjaringkan hatrik, namun sepakan guntingnya sekadar menggegar palang sementara tindakan susulan Safee berada dalam kedudukan ofsaid.

Advertisement

Must Watch Video