Skip to main content

Bola Sepak

Simic idam lebih kejayaan bersama Melaka

marko-simic.jpg
Penyerang Melaka United, Marko Simic, memuji kebangkitan pasukannya selepas membelasah T-Team 5-1 di Kuala Terengganu, malam tadi, dengan dua gol disumbangkan pemain kelahiran Croatia itu.

Simic berkata, ketua jurulatih, Eduardo Elmeida, mengembalikan keyakinan mereka di bilik persalinan untuk menukar skrip pada babak kedua serta mengambil kesempatan atas kelemahan pasukan lawan.

Kebangkitan itu juga, menurutnya, didorong semangat melawan kerana mereka turun dengan misi mengutip mata penuh sebelum saingan liga kembali bersambung bulan depan.

Dengan Melaka kini masih belum selamat di tangga ke-10 dengan mengumpul 18 mata, Simic, 29, tetap optimis peluang pasukannya dalam baki tiga perlawanan akan datang.

“Mengapa tidak kami cuba untuk menang tiga perlawanan itu di gelanggang sendiri dan melonjak ke kedudukan lebih baik?.

“Di bawah kendalian jurulatih baharu, keserasian semakin baik. Malah, kami juga berpeluang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia,” ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video