Skip to main content

Bola Sepak

Simeone teruja Gameiro cetus impak

simeone-delighted-with-gameiro-s-ruthless-cameo.jpg

Diego Simeone memuji impak dilakukan pemain gantian -- terutama Kevin Gameiro -- apabila Atletico Madrid melakar kemenangan 4-1 ke atas Sporting Gijon di laman lawan, malam tadi.

Perlawanan terikat 1-1 memasuki minit ke-80 sebelum Gameiro meledak hatrik dalam tempoh empat minit dan 43 saat -- terpantas dalam LaLiga sejak dilakar Bebeto menentang Albacete pada 1995.

Kemenangan itu, yang disusuli dengan kebangkitan 3-2 ke atas Celta Vigo minggu lalu, membawa Atletico kini satu mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Sevilla.

Simeone teruja dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya selepas membawa masuk Gameiro, Saul Niguez dan Thomas Partey.

"Pertukaran pemain pada babak kedua nyata berkesan kerana mereka membawa keseimbangan di bahagian tengah, kepantasan Gameiro menyelesaikan tugas kami," katanya.

"Kami sudah menjangkakan perlawanan yang sukar di stadium ini.

"Saya teruja dengan Gameiro kerana bukan mudah untuk meledak tiga gol dalam tempoh singkat."

Advertisement

Must Watch Video