Diego Simeone menghamburkan pujian terhadap persembahan Atletico Madrid dalam aksi dramatik 1-1 dengan Barcelona di Nou Camp biarpun keputusan itu tidak memadai untuk mereka tersingkir secara agregat dalam separuh akhir Copa del Rey.
Pelawat ketinggalan pada minit ke-43 selepas percubaan Luis Suarez menggegar gawang, disusuli adegan Sergi Roberto dan Yannick Carrasco yang diperintahkan keluar padang, dan Kevin Gameiro menebus kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti dengan jaringan penyamaan lewat, pagi tadi.
Suarez menjadi pemain ketiga dilayangkan kad merah untuk penyandang juara itu mengakhiri permainan dengan sembilan pemain, bagaimanapun sudah terlewat buat Atletico untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
"Sepanjang perlawanan, saya lihat banyak peluang dicipta," kata Simeone.
"Kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol, kami memberi tekanan dan memberi ancaman.
"Saya sangat bangga. Kami telah memberikan jiwa dan raga. Kami bermain dengan penuh bersemangat.
"Kami telah tersingkir tapi kami patut berbangga. Dengan kekalahan sebegini, ia membuktikan semangat yang ada dalam pasukan ini.
"Ia bukan mudah tapi kami selalunya dapat bangkit untuk terus bersaing. Saya bangga.
"Saya meninggalkan banyak perkara positif. Saya harap ini adalah langkah penting untuk kami mengharungi baki saingan musim ini."
Atletico kembali memberi tumpuan kepada kempen LaLiga bertemu Celta Vigo -- yang akan berdepan Alaves dalam satu lagi aksi separuh akhir Copa del Rey pagi esok.
Kedua-dua pasukan sebelumnya buntu tanpa jaringan dalam pertemuan pertama.