Skip to main content

Bola Sepak

Simeone puji semangat juang anak buah

antoine-griezmann-190817.jpg
GIRONA 2 ATLETICO MADRID 2

Diego Simeone menyanjung kualiti semangat juang Atletico Madrid selepas seri 2-2 dengan pendatang baru LaLiga, Girona, dengan Antoine Griezmann dibuang padang, dalam aksi awal pagi tadi. 


Dua gol Cristhian Stuani menghukum Atletico dengan Griezmann dilayangkan kad kuning kedua apabila didakwa berpura-pura merebahkan badan.

Bagaimanapun, gerakan gol solo Angel Correa ketika 12 minit menuju waktu penamat dan jaringan Jose Gimenez (m-85) mengikat kedudukan perlawanan. 

Atleti masih memerlukan ketangkasan Jan Oblak pada masa kecederaan untuk menafikan asakan Olarenwaju Kayode untuk mereka mencuri mata, namun Simeone tetap berpuas hati dengan anak buahnya. 

"Selepas ketinggalan 2-0, ramai menyangka perlawanan ini sudah berakhir, apatah lagi kami bermain dengan 10 pemain," katanya. 

"Kami tidak pernah berputus asa. Kami meraih keputusan yang dilihat mustahil. 

"Tiada siapa memberi anda tugas mudah di sini. Pendatang baru sentiasa menjadikan situasi sangat tidak selesa."

Simeone juga enggan mengulas mengenai kad merah pertama Griezmann selepas 253 aksi LaLiga. 

"Saya tidak berbincang dengannya."

Rakan sejawatannya di Girona, Pablo Machin, terpaksa menelan kepahitan apabila gagal mengambil kesempatan itu pada lewat permainan. 

"Saya tidak gembira dan keputusan seri tidak menceriakan saya.

"Saya hanya menerima keputusan seri tatkala anak buah saya berhak untuk kalah," katanya yang menganggap kepenatan pada penghujung aksi sebagai puncanya. 

"Kami berhak menang. Kami mencipta banyak peluang ke atas pasukan mantap seperti Atletico.

"Perlawanan ini memberikan kami keyakinan untuk teruskan aksi."

Advertisement

Must Watch Video