SEVILLA 3 ATLETICO 1
(Sevilla mara dengan agregat 5-2)
Diego Simeone bertanggungjawab terhadap penyingkiran Atletico Madrid dalam kempen Copa del Rey di tangan Sevilla, awal pagi tadi.
Gawang Atletico dibolosi dua gol lewat dalam kekalahan 2-1 dalam pertemuan pertama sebelum pintu gol mereka kembali dirobek, 24 saat dalam pertemuan ulangan yang berakhir dengan kekalahan 3-1 yang turut menyaksikan Simeone diarah meninggalkan bangku simpanan selepas Pablo Sarabia menjaringkan gol ketiga Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan.
Atleti ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona, berikutan seri 1-1 dengan Girona pada Sabtu lalu selain tidak layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) berikutan hanya menduduki tangga ketiga Kumpulan C di belakang AS Roma dan Chelsea.
Bagaimanapun, pengurus Argentina itu menyokong pasukannya untuk terus berjuang dalam baki saingan musim ini, iaitu LaLiga dan Liga Europa.
"Tanggungjawab terhadap penyingkiran ini dan UCL akan saya pikul," kata Simeone.
"Kempen musim ini masih bersisa empat bulan untuk merebut kejuaraan LaLiga dan Liga Europa, kami akan terus bersaing.
"Lawan kami memanfaatkan peluang mereka, Sevilla menyudahkan peluang mereka di sini dan dalam pertemuan pertama, sekali gus menjadikan mereka lebih selesa dalam pertandingan ini.
"Kami hampir bangkit pada separuh masa pertama serta menjaringkan gol penyamaan pada babak kedua, namun penjaga gawang Sevilla, Sergio Rico, tangkas beraksi," katanya.
Wanda Metropolitano akan menjadi gelanggang perlawanan akhir Copa del Rey, sehubungan itu Koke kecewa kerana mereka gagal meneruskan kemaraan.
"Kami mempunyai impian untuk bermain di stadium sendiri," kata Koke kepada SPORTS.
"Kami akan memilih diri sendiri kerana pasukan ini selalu melakukannya. Namun, tumpuan kami kini beralih kepada LaLiga.
"Saya fikir Sevilla adalah pasukan lebih baik dan apabila itu berlaku, anda perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.
"Kami perlu mengkaji kesilapan kami dan memperbaikinya, kami harus berjuang untuk menamatkan saingan LaLiga dan Liga Europa dengan sehabis baik," katanya lagi.