Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, digantung tiga perlawanan Copa del Rey selepas dibuang padang ketika menyaksikan pasukannya tersingkir di tangan Sevilla, Rabu lalu.
Pengurus Argentina itu diarah meninggalkan bangku simpanan sejurus Sevilla menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 3-1 di Ramon Sanchez Pizjuan, sekali gus memberikan mereka kemenangan agregat 5-2.
Jawatankuasa Pertandingan, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol telah mengenakan penggantungan satu perlawanan, namun hukuman ditambah dua perlawanan lagi selepas dia bertepuk tangan ke arah pengadil ketika berjalan meninggalkan kawasan teknikalnya.
Penggantungan itu hanya untuk perlawanan Copa dan ini bermakna ia akan dibawa ke musim depan.
Simeone, bagaimanapun, bebas untuk bertugas dari bangku simpanan dalam pertemuan LaLiga dengan Las Palmas di Wanda Metropolitano, esok.