Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, berdepan hukuman daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) ekoran tingkah laku tidak sopan ketika pasukannya menewaskan Juventus 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu.
UEFA tidak mendedahkan punca sebenar Simeone dihukum, namun ia dipercayai berkaitan dengan keraian melampau yang dilakukan pengendali itu ketika meraikan jaringan pertama Atletico dengan meramas kelangkangnya.
Simeone mengundang kritikan terhadap tindakannya itu, namun dia meminta maaf kepada pihak yang terkesan selepas tamat perlawanan dengan menjelaskan keraian itu ditujukan kepada penyokong Atletico bagi membuktikan pasukannya juga mempunyai "kelelakian".
Dalam aksi di Wanda Metropolitano itu, Atletico hampir pasti menuju ke perlawanan kedua dengan keputusan 0-0 sebelum Jose Gimenez menjaringkan gol pada minit ke-78 dan disusuli gol daripada Diego Godin pada lewat permainan.
UEFA turut mendenda Atletico ekoran insiden menghalang laluan bertangga dan melemparkan objek di mana Juve turut berang selepas sepak mula perlawanan itu ditangguhkan.
Ketua jurulatih Juve, Massimiliano Allegri, turut perlu menjawab pertuduhan ke atas dirinya yang berkaitan dengan penundaan sepak mula perlawanan itu.
UEFA akan memutuskan keputusan dan bentuk hukuman berkaitan perlawanan itu pada tarikh yang akan ditetapkan tidak lama lagi.