Pertahanan Brazil, Thiago Silva, menjangkakan rakan senegaranya, Neymar, akan meninggalkan Barcelona dan menyertainya di Paris-Saint Germain (PSG) tidak lama lagi.
Spekulasi meluas dalam setiap media terus diperkatakan apabila Neymar terlibat dengan pertelingkahan di pusat latihan dengan pemain yang baru menyertai Blaugrana, Nelson Semedo.
PSG dilihat begitu serius mahu mendapatkan khidmat Neymar apabila mahu menebus klausa perpindahan pemain Brazil itu yang berjumlah EUR222 juta (RM1.11 bilion) dan Silva seolah-olah memberitahu perpindahan itu bakal diselesaikan tidak lama lagi.
“Neymar adalah rakan saya dan kami telah bermain bersama untuk Brazil selama tujuh tahun.
“Buat masa sekarang, saya tidak boleh berkata tentangnya tetapi semua orang akan memperkatakan mengenai Neymar tidak lama lagi,” ujarnya.
Dalam masa sama, Silva menyifatkan pertemuan final Piala Super Perancis di antara PSG dan Monaco sebagai aksi penting.
“Jurulatih telah memberikan persiapan yang terbaik untuk perlawanan menentang Monaco.
“Kami akan cuba mengekang kelincahan bintang mereka, Kylian Mbappe, untuk membawa pulang trofi,” katanya.