Skip to main content

Bola Sepak

Sentuhan Selangor buat hati berbunga

faisal-halim-selangor.jpg
Dan bukan disebabkan kemenangan selesa ke atas Negeri Sembilan.

Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata sebenarnya suasana di bilik berita Astro Arena pada tika jurukamera menumpukan fokus terhadap Faisal Halim yang hadir bersama anaknya yang comel serta isteri tercinta.

Tetapi lebih menarik perhatian adalah kehadiran bapanya, Encik Abdul Halim Saad, yang turut serta bersama bapa pemain Selangor yang lain keluar dari terowong dan menuju ke padang.



Beberapa hari sebelum ini pula tular di media sosial pada saat penampilan umum pertama Faisal Halim sejak tragedi disimbah asid, akan keberadaan bapanya di sisi. Nampak wajah seorang bapa yang sentiasa mahu menjaga, melindungi dan mempertahankan anaknya dalam apa keadaan jua.

Terima kasih Selangor kerana mengingatkan kita tentang jasa figura bergelar bapa. Sedewasa mana pun kita, sesibuk mana pun kita dengan kehidupan dan kerjaya, ada sorang insan yang takkan pernah jemu memanjat doa buat kesihatan dan kesejahteraan kita.

Kepada semua bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa. Moga doa kita pada hari Arafah ini diangkat oleh-Nya, in shaa Allah.

Advertisement

Must Watch Video