Skip to main content

Bola Sepak

Semut Merah tagih kecergasan Safee untuk gempur Sarawak

240217-safee-sali.jpg
Pengendali PKNS FC, E. Elavarasan, optimis penyerang utamanya, Safee Sali, akan cergas sepenuhnya daripada kecederaan buku lalu untuk pertemuan Liga Super berdepan Sarawak, esok. 

Safee sebelum ini hanya diturunkan pada babak kedua dalam aksi Liga Super berdepan T-Team minggu lalu kerana Elavarasan tidak mahu tahap kecederaan pemain itu bertambah serius. 

Selepas seminggu memantau tahap kecergasan Safee, Elavarasan optimis bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sudah bersedia untuk kembali dalam kesebelasan utama pasukan. 

"Buat masa ini, dia sudah 100 peratus pulih dan mula menjalani latihan seperti biasa.

"Mungkin dia sudah bersedia untuk diturunkan macam biasa untuk perlawanan hujung minggu ini. 

"Dalam perlawanan sebelum ini, kemasukan Safee banyak membantu pasukan ketika melancarkan serang.

"Kalau boleh. saya mahu menurunkannya dalam kesebelasan utama bagi mendapatkan rentak terbaik," katanya.

Penyertaan Safeee bersama PKNS musim ini jelas memberi impak kepada kelab itu musim ini dan ia turut diakui Elavarasan. 

Jurulatih itu berpuas hati dengan gandingan Safee bersama Patrick Ronaldinho di bahagian serangan Semut Merah musim ini. 

"Dengan adanya Safee, rekod serangan kami semakin menjadi. Banyak kelebihan apabila kami menggunakan khidmatnya, gandingannya bersama Ronaldinho juga tampak semakin serasi."

Advertisement

Must Watch Video