Skip to main content

Bola Sepak

Semangat pemain Perak masih utuh

mehmet_1.jpg

Semangat pemain tidak terjejas biarpun Perak tumpas  kepada Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2019.

Keyakinan itu disuarakan oleh pengendali pasukan The Bos Gaurus, Mehmed Durakovic, ketika mengulas kekalahan 0-1 anak buahnya di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu.

"Semangat pemain tidak terjejas dengan kekalahan kerana tumpas kepada pasukan terbaik.

Advertisement

"Pemain boleh menerima kekalahan tipis ini selepas beraksi cemerlang dalam babak kedua.

"Malah, kami hampir berjaya mendapat gol penyamaan di penghujung perlawanan," katanya.

Durakovic berkata berdasarkan suasana dalam latihan, semangat pemain tetap tinggi bagi menghadapi perlawanan dengan Kedah di Ipoh, Jumaat ini.

"Saya berharap pemain mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti dalam babak kedua ketika bertemu JDT.

"Jika itu mampu dilakukan, saya yakin kami berpeluang untuk mencatat keputusan memberangsangkan nanti.

"Begitupun, perlawanan ini pasti tidak mudah kerana Kedah bukan calang-calang pasukan," katanya.berdasarkan pengalaman bertemu skuad Lang Merah itu dalam perlawanan pra-musim.

Must Watch Video