Skip to main content

Bola Sepak

Semangat juang jadi bekalan Semut Merah bertemu Perak

zamir-selamat-pkns-040717.jpg
Penjaga gol PKNS FC, Muhammad Zamir Selamat, mengharapkan tuah pasukannya lebih baik dalam saingan Piala Malaysia selain menyifatkan motivasi yang dimiliki barisan E. Elavarasan mampu menjadi senjata rahsia ketika hasrat PKNS adalah setidak-tidaknya mencuri mata di Ipoh, malam ini. 

Berada di tangga ke-10 saingan Liga Super, Zamir menyifatkan tuah gagal menyebelahi Semut Merah ketika mereka memiliki semangat melawan yang cukup baik apabila berdepan mana-mana pasukan. 

Justeru, Zamir mengharapkan keberkesanan skuad PKNS ketika mereka mengharapkan langkah kanan bagi permulaan saingan Piala Malaysia, musim ini. 

"Walaupun seri dengan Melaka United, Sabtu lalu, dari segi semangat melawan, saya menyanjungi PKNS. 

"Sebelum ini, tuah mungkin tidak memihak kepada kami, namun berbekal sikap yang kami ada, saya harap berhasil ketika menentang Perak," katanya.  

Zamir menyifatkan The Bos Gaurus memiliki pemain yang matang dan berpengalaman ketika berhadapan situasi getir. 

Turut menggambarkan aksi malam ini sebagai sukar, Zamir menegaskan PKNS tidak mahu memberi ruang mudah dalam mengekang asakan tuan rumah untuk mencetak jaringan. 

"Mereka mempunyai kelebihan sendiri. 

"Dengan kepantasan pemain di kedua-dua bahagian sayap selain kemahiran individu, ia mampu menghadirkan ancaman kepada kami."

 

Advertisement

Must Watch Video