Itu permintaan Syamim Yahya kepada bekas pasukannya, Felda United, selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan pasukan itu menyelesaikan hutang gajinya dan rakan lain yang mencecah lebih RM1 juta.
Syamim antara bekas pemain The Fighters yang dihimpit dengan isu tunggakan gaji.
Membabitkan tunggakan RM259,591, FAM memberikan tempoh 30 hari untuk Felda United menyelesaikan hutang itu selepas keputusan dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status, 1 Februari lalu, yang turut membabitkan empat lagi bekas pemain Felda United.
Mereka ialah Shukor Adan, Wan Zack Haikal Wan Noor, Farizal Harun, Azreen Zulkafali serta tonggak pasukan itu musim ini, Hadin Azman.
"Apabila FAM sudah berikan arahan, saya harap Felda akan mempercepatkan proses pembayaran tunggakan gaji kami.
"Saya pernah mewakili Felda selama empat tahun dan sebenarnya mereka ada menjelaskan hutang mereka secara beransur-ansur," katanya yang ditemui dalam sesi latihan skuad Terengganu di Kuantan semalam menjelang aksi bertemu Pahang, malam ini.
Kembali memperkuatkan pasukan selepas bebas kecederaan, Syamim yang juga bekas pemain Tok Gajah mengakui ranjau menanti pasukannya kali ini.
"Strategi Pahang ketika ini sudah pasti berbeza berbanding pasukan yang saya wakili dua tahun lepas.
"Pahang mempunyai pemain import yang baik musim ini selain dibarisi ramai pemain yang sudah serasi.
"Kami perlu berwaspada dengan kombinasi dan kemampuan teknikal mereka," katanya.