Skip to main content

Bola Sepak

Selangor dibekalkan azam baru

selangor280118.jpg
Selangor melancarkan jersi baru untuk mengharungi musim 2018 dengan pengendalinya, P. Maniam, turut dibekalkan keazaman baru untuk menghuni sekurang-kurangnya
lima tangga teratas Liga Super dan juga mencabar untuk kejuaraan Piala FA atau Piala Malaysia.


Maniam sebelum ini menyifatkan bahawa skuad Selangor kini sudah lengkap dengan ketibaan awang import kelima, iaitu pemain tengah bertahan dari Sepanyol, Alfonso de la Cruz Calero.

Maniam percaya pencapaian di tangga keenam Liga Super musim lalu mampu diatasi kerana beliau optimis Selangor kini mempunyai kekuatan skuad yang lebih ampuh berbanding musim lalu.

"Kami memiliki barisan pemain yang lebih baik berbanding musim lalu. Terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki dan mempamerkan persembahan yang cemerlang untuk musim ini," katanya.

Sementara itu, presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal, membayangkan persatuan itu akan memiliki stadium sendiri dalam tempoh lima tahun akan
datang.

Subahan turut mengesahkan kedudukan kewangan FAS kini bertambah baik dan mereka akan turut mendapat sokongan tajaan tambahan untuk mengharungi saingan musim ini.

"Daripada segi kewangan, kami tidak sekuat pasukan lain, namun dalam tempoh lima tahun, Selangor mampu memiliki stadium sendiri," kata Subahan.
 

Advertisement

Must Watch Video