Skip to main content

Bola Sepak

Selamat datang Coutinho

080118philippe-coutinho.jpg
Philippe Coutinho akan dipersembahkan sebagai pemain Barcelona buat kali pertama.

Gergasi Catalan itu dilaporkan bersetuju dengan tawaran yang mencecah GBP142 juta (RM770 juta) bagi memastikan Liverpool melepaskan khidmat Coutinho ke Nou Camp, selepas beberapa siri bidaan yang gagal disempurnakan pada Ogos lalu.

Coutinho akan dipersembahkan secara rasmi hari ini, dengan sesi penggambaran yang akan dilakukan di padang Nou Camp sebelum sidang media diadakan.

Tetapi Barca telah memuatnaik video Coutinho menyarung jersi kelab itu menerusi laman Twitter selepas kemenangan di gelanggang sendiri ke atas Levante. Pemain berusia 25 tahun itu turut memberikan pesanan kepada penyokong kelab barunya.

"Hai penyokong-penyokong Barcelona, saya sudah tiba di sini," kata Countinho.

"Ia adalah satu mimpi jadi kenyataan dan berharap untuk bertemu anda di Nou Camp."

Tanpa Coutinho, Barca menewaskan Levante 3-0 untuk terus memacu saingan LaLiga, dengan Lionel Messi, Luis Suarez dan Paulinho muncul sebagai penjaring gol perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video