Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak sanggup menonton -- Henry

alexissanchez-cropped_28x3etrv1p0m1tgnsw0uwhixb.jpg
Legenda Arsenal, Thierry Henry melabelkan persembahan Arsenal sebagai "teramat sukar untuk disaksikan" ketika pasukan itu dimalukan 4-0 oleh Liverpool, malam tadi.

Skuad bimbingan Arsene Wenger gagal menyaingi bahagian tengah Liverpool yang sering kali menghadirkan tekanan dan serangan balas dalam satu pertembungan menarik di Anfield.

Roberto Firmino dan Daniel Sturridge masing-masing mengambil peluang daripada kelemahan benteng lawan sementara Sadio Mane dan Mohamed Salah menghukum kelemahan Arsenal dengan larian pantas.

Henry berkata dia tidak sanggup menyaksikan bekas pasukannya itu dirobek skuad kendalian Jurgen Klopp.

"Saya tidak sanggup menonton sehingga saya terpaksa memalingkan kepala. Sukar untuk saya terima," kata Henry kepada Sky Sports.

"Segala-galanya terlalu selesa buat pemain di Arsenal. Mereka tidak merasai sebarang tekanan berada di sebuah kelab yang besar.

"Pemain sudah lama tidak menjuarai liga dan mereka gagal menandingi pasukan lain -- Wenger dan lembaga pengarah harus mengubah perkara ini. Mereka terlalu selesa. Ia tidak seharusnya berlaku seperti itu."

Arsenal menuju masa rehat dengan ketinggalan 2-0 dan Henry mendakwa telah pun menjangkakan kekalahan ini.

"Dari awal musim lagi saya telah katakan. Tiada sebarang perubahan daripada Arsenal," tambahnya.

"Saya tahu apa yang akan berlaku hari ini (malam tadi), saya tahu apa yang akan berlaku ketika berdepan Leicester dan Stokey.

"Jadi saya tidak terkejut. Tetapi sudah tentu selepas menyaksikannya saya berkata, 'Sekali lagi?'."

Advertisement

Must Watch Video