Skip to main content

Bola Sepak

Saya tahu Sala sedang memerhati -- Bamba

solbamba.jpg
Sol Bamba dan Neil Warnock kedua-duanya berasa bangga untuk memenangi perlawanan buat Emiliano Sala selepas Cardiff City meraih kemenangan dramatik 2-1 di Southampton, semalam.

Cardiff turun beraksi di St Mary buat kali pertama sejak mayat Sala – pembelian termahal kelab itu – ditemui dalam bangkai pesawat ringan di dasar Selat Inggeris.

Gol-gol daripada Bamba dan Kenneth Zohore – yang kedua itu pada minit ketiga waktu kecederaan setelah mereka dikerah bertahan sebelum itu – menyaksikan The Bluebirds menang buat minggu kedua berturut-turut dalam Liga Perdana.

Kemenangan itu juga membolehkan skuad bimbingan Warnock itu merangkak keluar dari zon penyingkiran, dan kedua-dua pengurus dan kapten, Bamba, mendedikasikanya sebagai penghormatan buat Sala kemudian.

“Ia adalah beberapa minggu yang sukar,” kata Bamba. “Kami tahu kami harus ke sini bagi mendapatkan keputusan yang baik dan ia tidak mudah.

"Tapi untuk menunjukkan prestasi seperti itu adalah sangat bagus dan kami gembira pada penghujungnya.

“Ia satu lonjakan semangat yang besar, terutama pada peringkat ini dalam musim ini.

"Kami mahu membina momentum dalam satu rentetan perlawanan, jadi ia bagus untuk mendapatkan kemenangan dan harap-harap kami dapat membina daripadanya.

"Ia tidak akan lebih baik, menjaringkan gol pertama di hadapan penyokong kami. Banyak perkara yang berlegar-legar dalam fikiran anda. Saya tahu Emiliano Sala sedang memerhati dari atas sana, jadi ia bagus untuk mendapat tiga mata.”

Menyusuli kemenangan di tempat sendiri ke atas Bournemouth, ini adalah kali pertama Cardiff memenangi dua perlawanan berturut-turut di peringkat tertinggi sejak April 1962.

Warnock menambah kepada BBC Sport: "Penyokong adalah menakjubkan, anda dapat melihat mereka hari ini.

"Saya benar-benar gembira untuk mereka kerana ia jauh untuk mereka datang dan mereka berhak mendapat (kemenangan) ini. 

“Dalam beberapa minggu terakhir ini, mereka berdiri kukuh di belakang kami. Ia waktu yang sukar buat semua orang.

“Saya fikir hari ini adalah bertepatan, ia kali pertama kami meraih kemenangan berturut-turut sejak 1962 (di peringkat tertinggi).

“Untuk Emiliano, saya berasa bangga kerana pemain-pemain telah memberi keadilan kepadanya.” 

Advertisement

Must Watch Video