Skip to main content

Bola Sepak

'Saya suka tinggal di Malaysia, ia seperti rumah'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akinade.jpg
Kontrak sudah berakhir sejak 30 April 2025. Akinade masih berada di Malaysia meluangkan masa dengan bercuti?

Masa depan penyerang import Terengganu, Ismaheel Akinade, menjadi tanda tanya susulan tiada maklum balas terkini mengenai lanjutan kontrak bersama Sang Penyu. 

Dalam masa sama, pemain tinggi lampai itu belum ada keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain menjelang musim baharu Liga Super.




Untuk rekod, bintang kelahiran Nigeria itu mencatatkan 35 penampilan dalam semua kejohanan domestik termasuk Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee bersamaan 10 jaringan, musim ini. 

"Jika ada kelab lain yang menawarkan kontrak kepada saya, sudah tentu saya akan meneliti terlebih dahulu sebelum menandatangani. 

"Dan saya masih mahu tinggal di Malaysia. 

"Ia seperti rumah dan membuat ramai kawan di sini. 

"Saya tidak mahu memulakan semula karier di negara lain dan ibu saya sangat menyokong saya untuk terus berada di sini," katanya di Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video