Skip to main content

Bola Sepak

Saya mahu beraksi bersama Neymar, Countinho -- Toure

yaya-toure-wants-to-play-with-neymar-and-coutinho.jpg

Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure, berseloroh dia mahu mengubah kewarganegaraannya kepada Brazil untuk beraksi bersama Neymar dan Philippe Coutinho.

Bekas kapten Ivory Coast, Toure, telah membuat 102 penampilan buat skuad kebangsaannya, termasuk ketika memenangi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2015.

Diketuai oleh bintang Barcelona Neymar dan perancang utama The Reds, Coutinho, Brazil mempamerkan aksi memberangsangkan di bawah kendalian Tite -- mengungguli kumpulan Kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan (CONMEBOL) dengan kelebihan empat mata.

Toure berkata dia berminat untuk beraksi bersama dua gandingan Brazil itu ketika bergurau mahu mengubah kewarganegaraannya dan menyarung jersi gergasi Amerika Selatan tersebut.

"Beraksi bersama Neymar, Philippe Coutinho... saya mahu bermain bersama mereka," katanya kepada Globo.

"Mungkin saya akan ubah pasport saya."

Advertisement

Must Watch Video