Skip to main content

Bola Sepak

Saya hampir kembali sertai United -- Evra

evra-someone-did-not-want-me-back-at-manchester-united.jpg

Patrice Evra mendedahkan dia hampir kembali menyertai Manchester United, namun berkata ada seseorang di kelab itu yang menyekat hasratnya untuk ke Old Trafford semula.

Bek kiri Juventus itu sebaliknya berhijrah ke Marseille ketika jendela perpindahan Januari, namun ia selepas dia dikaitkan dengan United.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang beraksi bersama The Red Devils pada tahun 2006 hingga 2014, membantu kelab itu meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali di samping Liga Juara-Juara Eropah.

Dia mengadakan perbincangan dengan Mourinho bagi merealisasikan hasrat pulang ke United, namun pemain antarabangsa Perancis itu sedar perkara itu tidak akan berlaku.

"Saya hampir kembali menyertai mereka," Evra memberitahu Sky Italia selepas singgah sebentar di kem Juventus bagi menemui bekas rakan sepasukannya.

"Saya ada bercakap dengan Mourinho tetapi ada seseorang -- yang namanya enggan didedah Evra -- yang tidak gemar dengan idea saya kembali ke United.

"Namun, setelah menyedari perkara itu tidak akan berlaku, saya meminta ejen saya untuk mencari pasukan lain.

"Marseille dengan segera menarik minat saya dengan projek mereka.

"Kami menghabiskan masa tidak sampai sehari untuk menoktahkan perjanjian."

Advertisement

Must Watch Video