Penyerang import Selangor, Antonio German, berharap wujud sinar baru dalam kariernya sebagai penggempur setelah sebelum ini sering bergelut dengan masalah prestasi.
Antonio, penyerang kebangsaan Grenada, sudah pun beraksi dengan lebih daripada 10 kelab di England, Scotland dan India tetapi kerap diselubungi masalah prestasi.
Kelab terakhirnya adalah Gokulam Kerala di India di mana dia hanya bermain enam perlawanan dan mampu menjaringkan dua gol sebelum dilepaskan kelab tersebut.
"Saya dahagakan prestasi terbaik dan mahu membuktikan kemampuan kepada penyokong di Malaysia. Jurulatih memberi saya peluang, jadi saya perlu menggunakan kesempatan itu," katanya.
Biarpun kelibatnya dipertikai peminat kerana reputasinya sebagai penyerang di beberapa kelab sebelum ini tidak meyakinkan, Antonio pantas menarik kembali keyakinan mereka.
Hasilnya, satu gol menerusi rembatan jauh dihasilkan ketika menentang Felda United, Ahad lalu, membolehkan skuad The Red Giants mengutip satu mata di Shah Alam.
"Selangor adalah pasukan besar, termasuk di media sosial. Semua orang mengenali anda tidak kira di mana sahaja. Di England, ia berbeza kerana terlalu banyak pemain. Segalanya berbeza di sini tetapi ia bagus."