Skip to main content

Bola Sepak

Satu perkataan, kebangkitan -- Luqman Hakim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luq.jpg
Penyerang baru Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsudin, memilih perkataan 'kebangkitan' bagi melambangkan pasukannya dalam menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Ia susulan selepas ditanya satu perkataan untuk Negeri Sembilan musim ini dengan dia menjawab: "Satu perkataan bagi saya, kebangkitan." katanya. 





Penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 pada 2018 itu sebelum ini pernah beraksi buat kelab liga divisyen utama Belgium, KV Kortrijk, pada 2019 sebelum dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik, pada 2023 sebelum ke kelab J3 Jepun, Yokohama SCC tahun lalu.

Dia antara pemain baru yang memperkuatkan skuad Hoben Jang Hoben bagi musim 2025/26 selain kemasukan pemain seperti Alex Agyarkwa, Jovan Motika, Ahmad Khuzaimi Piee dan Azri Ghani.

Untuk rekod, saingan musim lalu menyaksikan Negeri Sembilan menamatkan kempen Liga Super di kedudukan dua tercorot -nombor 12 daripada 13 pasukan- selepas mengumpul empat kemenangan, empat kali seri dan tewas 16 kali.


 
 
 
 

Advertisement

Must Watch Video