Skip to main content

Bola Sepak

Satu penipuan besar oleh Sky! -- Voeller

it-s-an-outrageous-lie-voller-fumes-at-schmidt-sack-reports.jpg

Dakwaan bahawa ketua jurulatih Bayer Leverkusen, Roger Schmidt, akan dipecat mencetuskan kemarahan pengurus pasukan, Rudi Voeller.

Sky Deutschland mendakwa sebelum kekalahan 3-0 kepada Eintracht Frankfurt kelmarin, satu mesyuarat ahli lembaga pengarah telah diadakan dan mereka membuat keputusan untuk memecat Schmidt.

Bagaimanapun, laporan itu mencetuskan kemarahan Voller, dengan bekas pemain antarabangsa Jerman itu menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas, meskipun Leverkusen menempuh kempen hambar musim ini.

"Tidak ada sebarang keputusan atau mesyuarat yang telah diadakan," dia memberitahu Bild semalam.

"Ini satu penipuan besar oleh Sky. Mereka telah melangkaui garisan."

Voller turut membidas Sky ketika sesi temuramah sebelum aksi berdepan Frankfurt.

Ketika itu dia berkata: "Satu tindakan yang salah untuk mengeluarkan laporan itu sebelum satu perlawanan penting. Selagi saya tidak mendapat permohonan maaf, kamu tidak akan mendapat sebarang temubual."

Sky kemudiannya memohon maaf kepada Leverkusen pada hari berikutnya.

"Kami telah melakukan satu kesilapan dan telah memohon maaf serta-merta selepas perlawanan itu," ujar jurucakapnya, Ralph Further.

Advertisement

Must Watch Video