Skuad Kelantan berjanji turun dengan semangat perjuangan tinggi untuk menewaskan Persija Jakarta dalam Piala Super Boost SportsFix di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh, yakin semua pemainnya sedar hanya kemenangan mampu menyekat kelab Indonesia itu daripada mengesahkan kejuaraan lebih awal selepas mereka mudah mengalahkan Kelab Thailand, Ratchaburi FC, 3-1, Sabtu lalu.
“Saya sudah menyaksikan perlawanan di antara Persija dan Ratchaburi. Mereka mempunyai pemain yang berkualiti dan prestasi mereka dalam Liga 1 Indonesia juga cukup bagus.
“Mereka sudah menang dalam aksi pertama dan sudah tentu meningkatkan semangat pemain Persija untuk memburu kemenangan kedua bagi mengesahkan kejuaraan lebih awal,” katanya.
Sathit juga beranggapan faktor beraksi di negara sendiri menjadi tonik terbaik kepada anak buahnya untuk memberikan aksi terbaik demi memburu kemenangan pertama.
“Stadium Nasional, Bukit Jalil bukan asing kepada pemain The Red Warriors (TRW) dan saya yakin ia menjadi kelebihan kepada kami menumpaskan lawan,” katanya.
Ditanya siapa yang bakal mengetuai jentera serangan TRW, Sathit masih berteka-teki sambil menyifatkan keputusan akan dibuat dalam siri latihan terakhir, hari ini.
“Saya akan membuat keputusan sama ada mahu menurunkan penyerang tempatan, Fakhrul Zaman (Wan Abdullah Zawawi) atau penyerang import, Bruno Lopes, untuk mengetuai jentera serangan kami malam ini,” katanya.