Skip to main content

Bola Sepak

Sathianathan akui tidak cukup masa bentuk kesebelasan utama

191016sathianathan.jpg

Pengendali baharu Felda United, B. Sathianathan mahu anak buahnya mengutip tiga mata dalam aksi pertamanya selaku jurulatih pasukan itu meskipun mengakui tidak punyai cukup masa untuk membentuk pasukan ampuh.

The Fighters menerima suntikan baru dengan pelantikan Sathianathan menggantikan Azmi Mohamed.

Bekas jurulatih skuad negara ini berdepan tugas berat untuk mengembalikan keampuhan skuad berpangkalan di Jengka, Pahang ini apatah lagi berdepan Perak.

Selepas hanya dua hari memulakan tugas, Sathianathan mengakui dia tidak cukup masa dalam mencorakkan kesebelasan terbaik.

"Latihan dua hari ini hanya fokus terhadap pemulihan, saya hanya mampu memberi latihan keras kepada pemain simpanan.

"Pihak pengurusan juga telah dimaklumkan perkara ini kerana saya perlukan lebih masa," jelasnya.

Pada masa sama, dia juga mendedahkan akan menerapkan pendekatan berbeza bagi menamatkan kemarau kemenangan Felda sejak Januari lalu.

"Kepulangan Wan Zack dan Norshahrul Idlan Talaha akan menambah kekuatan pasukan ini," tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video