Pendatang baru Liga Perdana, PKNP FC, mahu mengekalkan rekod cemerlang dalam kempen Piala Malaysia dan liga apabila berada di kedudukan terbaik untuk mencipta sejarah.
Berdasarkan kedudukan terkini, PKNP mendahului Kumpulan A, Piala Malaysia dengan tujuh mata di samping menduduki tangga keempat Liga Perdana, cuma dua mata di belakang pendahulu.
"Terasa bahangnya. Kedua-dua kejuaraan ini nampak realistik. Bila sampai tahap ini, bak kata orang Melayu, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan," jelas ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim.
Justeru, pengendali PKNP ini mahu setiap unit bergerak dengan lebih pro-aktif agar mampu menggapai impian.
"Semua yang terlibat bersemangat. Kami pendatang baru, namun tetap dapat memberi impak dalam bola sepak tempatan."
Mengenai aksi berdepan T-Team di Stadium Proton, Tanjung Malim esok, Abu Bakar berkata:"Walaupun dalam kedudukan terbaik untuk layak ke suku akhir buat pertama kali, saya tidak mahu pemain lupa ancaman lawan.
"Pemain-pemain telah diingatkan kualiti yang ada dari pasukan Liga Super seperti T-Tteam dan sudah pasti ingin mencari kemenangan. Mereka juga ingin layak ke peringkat seterusnya."
Oleh itu, Abu Bakar menekankan aspek kualiti bertahan dan menyerang dalam pasukan dalam pertemuan esok.
"Perlu konsisten jika ingin mencipta sesuatu di dalam kedua-dua kejuaraan ini," tambahnya.