Maurizio Sarri mengakui sudah mengadakan rundingan dengan Chelsea akhir-akhir ini tetapi bertegas “masalahnya tidaklah sebegitu besar” seperti dilaporkan media.
Sarri berdepan dakwaan dia hilang penguasaan di Stamford Bridge selepas penjaga gol, Kepa Arrizabalaga, enggan digantikan ketika kekalahan dalam final Piala EFL kepada Manchester City, Ahad lalu.
Pengurus itu menggantikan Kepa dengan Willy Caballero dalam kemenangan 2-0 ke atas Tottenham, awal pagi tadi, tetapi kemudian mempertahankan bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu kekal pilihan nombor satunya.
Insiden di Wembley itu menyusuli satu rentetan keputusan kurang memberangsangkan, termasuk tewas 4-0 di Bournemouth, dibelasah 6-0 di Manchester City dan disingkirkan di tempat sendiri oleh Manchester United dalam Piala FA.
Kejayaan menundukkan Spurs awal pagi tadi adalah tonik terbaik buat Chelsea tapi Sarri menegaskan sebahagian spekulasi berkaitan masa depannya minggu ini jelas tersasar.
“Ia lebih bergantung kepada anda berbanding kelab,” katanya selepas perlawanan. “Saya bercakap dengan kelab dua atau tiga kali sepanjang beberapa hari lalu tapi masalahnya bukanlah sebesar yang anda tulis.
“Saya tidak tahu…barangkali ia bukan perkara benar. Saya tidak tahu. Tapi ia bukan masalah besar buat saya.
“Dalam jawatan ini, anda berada di bawah tekanan setiap minggu. Jika anda bernasib baik, setiap enam bulan sekali.
"Ia perkara biasa jika anda tewas dua atau tiga perlawanan berturut-turut hingga anda berada di bawah tekanan tapi keadaannya sama buat setiap jurulatih. Mungkin tekanannya lebih lagi di Chelsea."
Membincangkan persembahan pasukannya di Stamford Bridge, Sarri menambah: "Ia benar-benar bagus tapi ia juga seiring dengan perlawanan terakhir kami (menentang City).
“Mujurlah keputusannya berbeza tapi tahap prestasi adalah sama.”