Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Sarri mahu gandingan Higuain-Hazard "meletup"

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

higuain.jpg
Maurizio Sarri menjangkakan Gonzalo Higuain dan Eden Hazard akan mempamerkan persembahan terbaik selepas masing-masing meledak dua gol ketika membantu Chelsea meraih kemenangan 5-0 ke atas Huddersfield Town, semalam.

Selepas membuat penampilan sulung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Chelsea dimalukan Bournemouth apabila tewas 4-0, Rabu llu, Higuain menikmati aksi yang lebih membuahkan hasil ketika berdepan The Terriers di Stamford Bridge.

Higuain membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-16, dengan menyempurnakan jaringan selepas menerima hantaran N'Golo Kante dan Hazard menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama.

Hazard meledak gol keduanya pada minit ke-66 selepas melintasi penjaga gol, Jonas Lossl, diikuti jaringan kedua Higuain beberapa minit kemudian -- percubaannya terkena Terence Kongolo sebelum menembusi gawang gol dan David Luiz melengkapkan kemenangan The Blues.

Persoalan masih lagi timbul sama ada Higuain mampu mempamerkan persembahan lebih cemerlang berbanding Alvaro Morata dan Olivier Giroud tetapi Sarri optimis dengan gandingan penyerang itu dengan Hazard.

"Saya sangat mengenalinya, apabila dia tiba di London, Higuain tidak berada pada tahap terbaik.

"Kini dia sudah mula memperbaiki persembahannya dan saya sangat gembira. Saya berasakan dia mampu bergandingan dengan Hazard.

Walaupun Chelsea berjaya melupakan mimpi ngeri berdepan Bournemouth, Sarri tidak menjamin mereka akan terlepas daripada persembahan yang memalukan itu selepas ini.

"Saya berharap apa yang berlaku ketika berdepan Bournemouth tidak akan diulangi. Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, kami perlu pertingkat kekuatan mental dan hadir ke dalam setiap perlawanan dengan keazaman serta motivasi yang tinggi."

Advertisement

Must Watch Video