MALMO 1 CHELSEA 2
Maurizio Sarri memuji peningkatan prestasi Chelsea dalam kemenangan pusingan 32 Liga Europa di Malmo, namun memberi amaran kepada anak buahnya supaya mengurangkan kesilapan di bahagian pertahanan.
Chelsea menang 2-1 di Stadium Swedbank awal pagi tadi hasil jaringan Ross Barkley dan Olivier Giroud dalam setiap babak, namun gol yang diledakkan Anders Christiansen pada lewat permainan memberi harapan kepada pasukan bimbingan Uwe Rosler itu menjelang aksi timbal balik minggu depan.
Barisan kendalian Sarri itu tewas empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan dan gagal mencetak sebarang gol sepanjang tempoh itu dengan kemuncaknya tumbang 0-6 kepada Manchester City, Isnin lalu.
Kelemahan pertahanan mereka sekali lagi didedahkan Malmo yang mengambil kesempatan atas kesilapan hantaran ke belakang Mateo Kovacic -- diberi peranan di bahagian tengah untuk menggantikan tempat Jorginho.
Secara keseluruhannya, Sarri berpuas hati dengan tindak balas The Blues selepas diaibkan City sambil mendakwa masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
"Saya gembira kerana kami bermain dengan tahap keyakinan yang sangat baik," kata pengurus Chelsea itu.
"Ia bukannya mudah selepas insiden perlawanan terakhir tetapi kami memiliki keyakinan memandangkan hantaran kami di dalam kotak penalti juga bagus.
"Risiko yang kami hadapi ialah kebimbangan melepaskan gol dalam situasi bola mati kerana fizikal lawan lebih besar daripada kami. Kami sepatutnya boleh menyumbat lebih banyak gol, sebaliknya kami dibolosi kerana kesilapan sendiri.
"Tahap pendekatan dan tumpuan kami dalam keadaan baik. Kami melakukan kesilapan dan ia sepatutnya ditangani dengan lebih baik.
"Kami memiliki tiga hingga empat peluang untuk menambah jaringan ketika mendahului 2-0, kami sepatutnya boleh membunuh perlawanan ini.
"Bagaimanapun, saya gembira dengan keyakinan barisan pemain. Bukan mudah untuk menyerlahkan keyakinan ini selepas perlawanan terakhir kami.
"Sekiranya kami bolos dengan cara sebegini ketika menentang pasukan seperti Manchester City, Manchester United atau Tottenham, maka kami berisiko melepaskan tiga gol dalam tempoh 10 minit.
"Kami perlu melakukannya dengan lebih baik tetapi saya fikir prestasi yang dipamerkan Chelsea hari ini bagus."
Mereka seterusnya akan menyambut Manchester United dalam pusingan kelima Piala FA, Selasa depan.
Sehubungan itu, Sarri menuntut pasukannya agar mengulangi corak yang sama seperti menentang Malmo sambil menunjukkan peningkatan yang lebih baik dalam kawalan bola.
"Saya fikir kami perlu menggerakkan bola ke depan, ke depan," katanya. "Dalam perlawanan ini, kami menggerakkan bola terlalu mendatar, jadi kami perlu bergerak ke depan atau ke belakang, ke depan dan ke belakang.
"Kami berdepan keputusan yang tidak menentu. Jadi, kami perlu mempunyai kesinambungan dan konsistensi. Kami perlu menerapkan mentaliti untuk melakukannya dalam setiap perlawanan.
"Di England, kalau anda berada dalam keadaan mental yang buruk, dalam tempoh 10 hari anda boleh tewas dalam tiga atau empat perlawanan besar. Kami memerlukan konsistensi, kami perlu mendekati setiap perlawanan dengan cara yang sama. Kami perlu mencuba," katanya lagi.