TFC 2 JDT 2
Jaringan minit-minit akhir Mohd Kamal Azizi berjaya memastikan Terengganu FC (TFC) mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-2 dalam perlawanan penuh aksi di Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Awal permainan menyaksikan skuad Harimau Selatan itu hampir mengejutkan TFC, namun percubaan Syafiq Ahmad pada minit ketiga tersasar ke sebelah tepi.
Empat minit kemudian, pemain sayap TFC, Mohd Khairul Izuan Rosli, menceriakan kem tuan rumah apabila menolak masuk umpanan Lee Tuck untuk menjadikan kedudukan 1-0.
JDT kemudian dihadiahkan sepakan penalti apabila Diogo Santo dikasari, malangnya sepakan yang diambil pemain kelahiran Brazil itu gagal menerjah jaring pada minit ke-31.
Santo -- bekas penyerang Buriram United -- sekali lagi mencemaskan kubu TFC (m-41) menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang ditepis keluar Mohd Suffian Rahman.
Babak kedua menjadi milik JDT selepas kemasukan Aaron Niguez dengan mereka mendapatkan sepakan penalti kedua yang disudahkan Safawi Rasid pada minit ke-63.
Kedudukan terus berubah dengan JDT menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-68 menerusi Santo yang membuat sentuhan akhir hasil sepakan penjuru Niguez.
Abdul Malik Mat Ariff berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-87, namun sepakan leretnya sekadar mengenai jaring tepi sebelum sepakan percuma Lee Tuck menggegar tiang.
Pemain pertahanan TFC, Mohd Kamal, memadam kelebihan JDT dengan gol penyamaan skuad Penyu itu pada minit ke-90 untuk perlawanan tamat dengan kedudukan 2-2.
Keputusan Liga Perdana:
Johor Darul Ta'zim II 2-1 Perlis
Negeri Sembilan 1-4 UiTM FC
Kredit foto: JOHOR Southern Tiger