Skip to main content

Bola Sepak

Sampaoli belum mahu fikir soal kontrak baru bersama Sevilla

sampaoli-noncommittal-on-sevilla-future-despite-contract-offer.jpg
Di celah-celah spekulasi mengaitkannya ke Barcelona, Jorge Sampaoli enggan mengesahkan secara terbuka mengenai masa depannya di Sevilla biarpun ditawar kontrak baru. 

Pengurus dari Argentina itu hadir di Ramon Sanchez Pizjuan pada Jun lalu dengan memeterai kontrak sehingga musim 2017-18. 

Sejak mengambil alih tugas yang ditinggalkan Unai Emery, sentuhan Sampaoli membantu Sevilla menduduki tangga ketiga LaLiga ketika ini, hanya tiga mata dipisahkan dengan Real Madrid yang memimpin carta dan dua mata dijarakkan dengan pasukan di tangga kedua, Barcelona. 

Dengan kontrak rakan sejawatannya di Barca, Luis Enrique, akan berakhir pada hujung musim ini, dia masih belum mahu memberi petanda berminat untuk melanjutkan kontrak dan mungkin berminat untuk menduduki kerusi di Nou Camp. 

Sampaoli kembali diajukan soalan mengenai masa depannya, menjelang aksi bertemu Leicester City bagi pertemuan pertama pusingan 16 menentang Leicester City, awal pagi esok, dengan bekas bos Chile itu enggan memberi keputusan konkrit terhadap kontrak baru yang ditawarkan kepadanya. 

"Saya berbesar hati kelab ini mahu memperbaharui kontrak saya, tapi buat masa ini, saya mahu menikmati detik ini. 

"Maka, adalah sukar untuk memikirkan mengenai masa depan sedangkan prestasi semasa sangat menarik. 

"Kami memiliki peluang untuk muncul dalam kalangan lapan pasukan terbaik Eropah. Ia lebih penting berbanding masa depan."

Advertisement

Must Watch Video