Bekas ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, tidak melihat kehadirannya bersama Melaka United hanya sebagai pelengkap kepada skuad serba berpengalaman itu dalam menghadapi kempen Liga Super musim ini.
Sebagai pemain, Safiq sudah mengecapi pelbagai kejayaan, khususnya dalam tempoh lima musim bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Begitupun, dia mengakhiri ikatan bersama pasukan dari selatan itu musim lalu dan memilih untuk menyertai Melaka.
Jelas pemain berusia 32 tahun berkenaan, dia mempunyai misi tersendiri yang ingin dicapai bersama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu.
"Saya seperti juga pemain-pemain yang lain, mempunyai misi dan kemahuan.
"Saya ingin mencapai sesuatu bersama Melaka United dan dengan bantuan rakan sepasukan, pengurusan dan jurulatih, Insya-Allah kami mampu mencapai keputusan yang terbaik tahun ini," katanya.
Penghijrahan Safiq ke skuad Hang Tuah menyaksikan pasukan itu memiliki beberapa pemain yang bertaraf bekas kapten skuad kebangsaan.
Antaranya, Shukor Adan dan Khairul Fahmi Che Mat di samping pemain berpengalaman Selangor dan Pahang, Razman Roslan.
Menurut Safiq, tiada masalah untuknya berganding bersama barisan bintang lama ini kerana mudah serasi dengan corak permainan masing-masing.
"Ia salah satu cara untuk kami mendapatkan kombinasi terbaik yang sudah biasa dengan kancah Liga Super.
"Saya harap kami dapat mempamerkan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang dan mencapai keserasian yang lebih baik musim ini," katanya.