Penyerang PKNS FC, Safee Sali, mengakui sudah bersedia untuk kembali dalam kesebelasan utama pasukan dalam aksi Liga Super berdepan Sarawak, esok, selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.
Safee hanya masuk pada babak kedua ketika berdepan T-Team minggu lalu kerana pengendali pasukan, E. Elavarasan enggan mengambil risiko terhadap kecederaan di alaminya.
Bagi Safee, dia sudah bersedia berdepan Sarawak dan mahu segera menambah koleksi jaringan dalam Liga Super musim ini.
"Saya masih bernafsu untuk menjaringkan gol. Gandingan saya bersama Patrick amat baik dan dari hari-hari kami mempamerkan keserasian yang baik," kata Safee.
Elavarasan juga mendedahkan penyerang kebangsaaan itu adalah tonggak penting skuad semut merah dan penyertaannya bersama kelab itu musim ini turut memberi kesan positif.
Gandingan Safee bersama Patrick Ronaldinho di bahagian serangan musim ini nyata satu percaturan yang membuahkan hasil bagi Elavarasan.
"Saya berpuas hati dengan gandingan mereka kerana sekarang sudah boleh lihat rekod jaringan kami juga bertambah baik.
"Gandingan Safee dan Patrick juga kelihatan bertamabah baik," ujar Elavarasan.