ATM 0 SABAH 2
Pengendali Sabah, Jelius Ating, tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak, hari ini, walaupun menyifatkan pemain-pemainnya kurang garang pada awal permainan.
"Pada separuh masa pertama, pemain seperti terlalu yakin dengan mereka hanya lebih banyak bermain di bahagian tengah dan agak kurang untuk cuba memasuki kubu lawan.
"Bagaimanapun, pada penghujung babak pertama, mereka mula mempamerkan corak permainan lebih meyakinkan dan berjaya memperolehi gol pertama, begitu juga pada separuh masa kedua," katanya.
Perlawanan itu menyaksikan Sang Badak membawa pulang mata penuh hasil jaringan Rodoljud Paunovic pada minit ke-45 dan Heo Jaenyong pada minit ke-86.
Kemenangan itu juga sekaligus mengesahkan pasukan yang terkenal dengan jolokan Sabah Rhinos itu terus kekal untuk beraksi dalam Liga Perdana, musim depan.
Sementara itu, Jelius mendedahkan telah membuat beberapa perancangan apabila saingan liga berehat panjang, bermula hari ini.
"Kami akan berehat selama kira-kira lima minggu dan sekembalinya di Sabah, saya akan memberikan cuti kepada pemain selama 10 hari bagi memberi peluang mereka meluangkan masa bersama keluarga.
"Sepanjang saingan liga berehat juga, di samping membuat persiapan untuk menghadapi baki perlawanan yang ada, saya juga merancang untuk memanggil pemain-pemain daripada skuad muda negeri selain beberapa pemain Liga FAM untuk berlatih bersama skuad senior.
"Ini sebagai persiapan awal kami untuk musim depan kerana jika kami mahu melakukan perubahan, kami harus bermula dari sekarang kerana pada musim-musim lalu, persiapan kami agak lambat."
KEPUTUSAN LAIN:
PERLIS 1 UiTM FC 3
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) II 2 MISC-MIFA 1
KUALA LUMPUR 1 PKNP FC 0
NEGERI SEMBILAN 2 PDRM FA 2
KUANTAN FA 0 TERENGGANU 3