Skip to main content

Bola Sepak

Sabah guna 'senjata' baru jumpa Kelantan

luiz-carlos-caetano-de-azevedo-junior-sabah.jpg
Sabah sedia menurunkan kesemua empat pemain importnya dalam aksi liga bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok, termasuk penyerang baru pasukan itu dari Brazil, Luiz Carlos Caetano De Azevedo Junior.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata bekas pemain bawah 17 tahun Brazil itu telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Sabah, baru-baru ini.

"(Kehadiran) Junior adalah antara usaha terkini kami untuk memantapkan pasukan dan tentunya ia satu tambahan kekuatan bagi pasukan dan saya harap dia dapat membantu jentera serangan, terutama daripada segi penyudah," katanya.

Junior, 28, sebelum ini pernah beraksi beberapa musim dalam liga utama Indonesia bersama pasukan Barito Putera (2016), Madura United (2017) dan Persija Jakarta 2017.

Dia kemudian ke kelab Al-Jazeera dan Mirbat SC pada 2017 manakala Mokawloon adalah pasukan terakhirnya dalam kancah liga utama Mesir musim lalu.

Dengan kemasukan Junior, skuad Tambadau itu melengkapkan kouta empat pemain import selepas turut mengikat pertahanan dari Korea Selatan, Park Taesu, dan pemain tengah dari Serbia, Luka Milunovic, manakala seorang lagi penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic, adalah pemain yang dikekalkan daripada musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video