Danny Rose sedang mempertimbangkan tawaran untuk meninggalkan Tottenham tatkala pemain yang menjadi sasaran Manchester United dan Chelsea itu menuntut bayaran gaji yang setimpal dengan sumbangannya.
Rose telah dikaitkan dengan perpindahan ekoran dilaporkan menjadi sasaran United dan Chelsea sejak berakhirnya musim lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu -- yang ketika ini mengalami kecederaan lutut dan hanya akan kembali hujung bulan ini -- terikat dengan kontrak sehingga 2021.
Bagaimanapun, bekas pemain muda Leeds United itu mahukan bayaran gaji yang lebih tinggi tatkala berniat untuk kembali menabur bakti bersama kelab utara England itu pada masa akan datang.
"Kecederaan ini memberi kesan terhadap karier saya di atas dan di luar padang," Rose bercakap kepada The Sun.
"Apabila mengalami kecederaan, saya mendapat masa yang banyak untuk berfikir. Ia bukan mudah.
"Apa yang pasti, saya tahu menilai diri sendiri. Jadi, saya mahu mendapatkan bayaran yang setimpal dengan sumbangan saya.
"Jika saya mampu mengulangi prestasi musim lalu, saya akan pastikan akan mendapat bayaran yang sepatutnya. Saya tidak tahu berapa lama saya mampu berikan yang terbaik di tahap ini.
"Ini bukan tentang duit tetapi saya tahu nilai sebenar diri saya. Ini pandangan saya."
Rose menambah: "Saya semakin melepasi tahap terbaik saya dan kemungkinan saya hanya ada satu peluang untuk ditawarkan kontrak yang lumayan. Masa semakin suntuk dan saya mahu meraih kejuaraan.
"Saya tidak mahu bermain bola sepak selama 15 tahun tetapi gagal meraih trofi. Saya mahu memenangi sesuatu.
"Sasaran saya ketika ini adalah untuk kembali ke prestasi musim lalu.
"Saya bukan meminta untuk keluar tetapi jika ada tawaran yang kukuh, saya tidak perlu menyuarakan pendapat saya kepada setiap individu di kelab ini."