Penyerang DC United, Wayne Rooney, percaya dia masih bagus untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England dan Manchester United itu meninggalkan Everton untuk beraksi di Amerika Syarikat dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun enam bulan, Jun lalu.
Dia bergelut untuk menyinar ketika kembali ke Goodison Park pada 2017 tatkala Romelu Lukaku berhijrah ke Old Trafford.
Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu membantu DC bangkit daripada kelompok bawahan Persidangan Timur menuju ke play off, dengan menjaringkan 12 gol dan mencipta enam bantuan jaringan dalam 21 penampilan.
"Sejujurnya, saya tahu kemampuan diri dan masih mampu beraksi dalam Liga Perdana Inggeris," kata Rooney.
"Saya datang ke sini dengan tekad beraksi cemerlang dan saya rasa terdapat kejutan buat orang ramai yang mempunyai pendapat tersendiri tetapi saya tidak pernah meragui diri sendiri."
Rooney, yang dilepaskan United oleh Jose Mourinho, percaya Mauricio Pochettino patut dilantik sebagai pengganti pengendali dari Portugal itu.
Namun, dia berpendapat pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer, mampu menjadi pilihan yang bagus jika dia mengekalkan prestasi tanpa kalah dalam 10 perlawanan.
"Solskjaer adalah individu yang hebat," tambah Rooney.
"Saya rasa United akan membuat keputusan di penghujung musim nanti dan bagus untuk melihat Solskjaer meneruskan prestasi terkini serta mendapatkan jawatan tetap.
"Jika tidak, mereka perlu memilih orang lain dan saya rasa Pochettino adalah calon yng tepat."