Skip to main content

Bola Sepak

Rooney dipandang tinggi oleh Southgate

25817rooney.jpg
Gareth Southgate memberikan pujian kepada Wayne Rooney selepas pemain itu mengambil keputusan untuk bersara daripada aksi antarabangsadan pada masa yang sama menggariskan perancangannya untuk mencari kapten pasukan yang baru.

Rooney mengumumkan persaraannya semalam daripada aksi antarabangsa selepas 13 tahun berkhidmat bersama The Three Lions yang menyaksikan dia menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman (53) dan menjadi pemain yang paling banyak beraksi untuk England (119).

Southgate telah meminta Rooney untuk menjadi sebahagian daripada pasukan berdepan Malta dan Slovakia dalam aksi kelayakan tetapi pemain berusia 31 tahun itu memberitahu pengurus itu keputusannya untuk bersara serta memberikan fokus kepada Everton.

Dalam sidang media mengumumkan skuad 28 pemainnya, Southgate menegaskan beliau masih melihat Rooney sebagai individu yang sangat dihormati.

"Saya telah menghubunginya untuk berbincang dan dia menghargai panggilan itu tetapi Rooney telah memikirkan mengenai masa depannya dan bersedai untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa," kata Southgate.

"Saya memahami keputusannya, dia telah memiliki perancangan serta mahu memberikan fokus kepada Everton. 

"Saya tidak pasti apa yang harus dilakukan untuk menjadi legenda. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Rooney yang memiliki satu karier antarabangsa yang menakjubkan.

"Rooney telah melakukan segala-galanya kecuali memenangi trofi bersama England. Hanya barisan pemain dari 1966 yang mampu melakukannya.

"Saya sangat menghormatinya. Saya sangat bertuah kerana dapat beraksi dan mengurus Rooney. Saya pasti dia memiliki peranan yang penting masa pada akan datang."

Advertisement

Must Watch Video