Cristiano Ronaldo percaya Real Madrid masih boleh menikmati musim "luar biasa" jika mereka berjaya mengekalkan gelaran Liga Juara-Juara (UCL).
Ronaldo dipinggirkan Zinedine Zidane ketika Madrid tersingkir di peringkat suku akhir Copa del Rey, semalam yang menyaksikan mereka tumpas 2-1 kepada Leganes di tempat lawan.
Dengan Madrid 19 mata dipisahkan dengan pemimpin LaLiga, Barcelona, peluang mereka untuk menambah trofi selepas menjulang Supercopa de Espana tampak semakin samar.
Madrid bakal menghadapi Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 UCL, dengan skuad kendalian Zidane itu mengintai kejuaraan ketiga berturut-turut.
Justeru, Ronaldo percaya musim ini masih dapat dinilai sebagai berjaya sekalipun mereka gagal di peringkat domestik sekiranya mereka sekali lagi mendominasi Eropah.
"Jika kami memenangi UCL akhir musim ini, ia akan menjadi tahun yang luar biasa," kata Ronaldo kepada Dongqiudi.
"Kami tidak bermula dengan baik dalam LaLiga dan kami kecewa, tiada siapa yang gembira tentang itu. Bagaimanapun, kami perlu bekerja keras dalam UCL kerana ia adalah trofi paling penting bagi kami.
"Ia akan menjadi sukar dalam LaLiga, namun kami tidak boleh berputus asa walaupun kami telah kehilangan banyak mata sejak permulaan musim."
Ronaldo memenangi trofi Ballon d'Or buat kelima pada penghujung tahun lalu, sekali gus menyamai pencapaian pesaing utamanya, Lionel Messi.
Begitupun, pemain Portugal itu mendakwa pencapaian peribadi tidak akan melonjakkan motivasinya.
"Saya tidak teragak-agak tentang perkara itu kerana saya tidak menjangkakan untuk memenanginya sebanyak lima kali," kata Ronaldo.
"Bagaimanapun, baik saya mahupun Messi, kami telah berkongsi Ballon d'Or sepanjang 10 tahun yang lalu."