Cristiano Ronaldo memenangi Anugerah Pemain Terbaik Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.
Bintang Barcelona, Lionel Messi, dan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, telah diketepikan oleh Ronaldo di atas pencapaian yang telah diraihnya bagi musim 2016-17.
Bintang Real Madrid itu telah membantu pasukannya meraih trofi Liga Juara-Juara (UCL), dengan menjaringakan 12 gol sepanjang pertandingan.
Secara keseluruhan, Ronaldo telah menjaringkan 42 gol, sekaligus membantu Real memenangi takhta LaLiga dan mempertahankan gelaran UCL yang dimenangi pada musim 2015-16.
"Saya memiliki sasaran yang sama setiap tahun -- cabaran diri sendiri untuk memenangi setiap kejuaraan bersama kelab dan negara," katanya.
"Saya gembira kerana berada di sini. Ia merupakan satu penghargaan untuk memenangi trofi ini. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya dan mengucapkan tahniah kepada mereka juga."

Majlis ini juga memberikan anugerah penjaga gol terbaik yang dimenangi oleh Buffon, Sergio Ramos dipilih sebagai pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik dimenangi oleh Luka Modric manakala penyerang terbaik diberikan kepada Ronaldo.Cristiano Ronaldo won UEFA's Best Player of the Year Award twice in a row.
— RMadridBabe (@RMadridBabe) August 24, 2017
pic.twitter.com/okgyGNFkNa
⚽ UEFA AWARDS:
— Real Madrid (@RealMadridPlus_) August 24, 2017
? BEST DEFENDER: Ramos
? BEST MIDFIELDER: Modric
? BEST FORWARD: Cristiano
? BEST PLAYER: Cristiano pic.twitter.com/zilC3Tx4nz