Cristiano Ronaldo menjadi penjaring sepakan penalti terbanyak dalam sejarah LaLiga selepas menyempurnakannya buat kali ke-57 dalam pertemuan Real Madrid dengan Villareal.
Ronaldo menyamai rekod legenda Madrid, Hugo Sanchez, selepas menjaringkan sepakan penalti ketika menewaskan Sevilla 2-1 pada 15 Januari lalu.
Kini, rekod tersebut menjadi miliknya bersendirian selepas menyempurnakan sepakan penalti sesudah percubaan Toni Kroos terkena tangan pertahanan lawan, Bruno, di dalam kotak penalti.
Jaringan Ronaldo itu menjadikan kedudukan 2-2 selepas Madrid ketinggalan dua gol dalam perlawanan tersebut.
Bintang Barcelona, Lionel Messi, ketinggalan jauh di belakang Ronaldo di tangga kelima dengan 43 gol, mengekori Luboslav Penev (44) dan Ronald Koeman (45).57 - Cristiano Ronaldo is now the player with most penalties scored in La Liga history, surpassing Hugo Sanchez (56). Punisher. pic.twitter.com/aWjmMezadO
— OptaJose (@OptaJose) February 26, 2017