JUVENTUS 3 PARMA 3
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, tidak berpuas hati apabila pasukannya seri 3-3 dengan Parma dalam aksi Serie A, semalam.
Ronaldo menjaringkan dua gol untuk membenarkan Juve mendahului 3-1, namun dua jaringan Gervinho memastikan Parma berkongsi mata di Stadium Allianz.
Walaupun bintang Portugal itu berpuas hati kerana mencipta nama selaku penjaring, pemain berusia 33 tahun itu meratapi hanya satu mata yang mampu diraih oleh pendahulu liga itu.
"Saya gembira dengan jaringan tetapi bukan dengan keputusan ini," kata Ronaldo.
"Kami gagal bermain dengan baik pada penghujung permainan dan Parma menggunakan peluang sebaik mungkin daripad kesilapan kami.
"Bagaimanapun, kami tetap yakin dengan kebolehan pasukan ini untuk bangkit dengan aksi yang lebih cemerlang," katanya.
Juve kini tanpa sebarang kemenangan dalam dua perlawanan di samping tersingkir daripada Coppa Italia kepada Atalanta, Rabu lalu.
Di sebalik keputusan seri itu, Juve masih lagi mendahului Serie A dengan kelebihan sembilan mata selepas 22 perlawanan musim ini.