Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penalti ke-100 dan ke-101 dalam karier seniornya ketika Real Madrid menewaskan Valencia 4-1 dalam LaLiga, awal pagi tadi.
Pemain berusia 32 tahun itu memecah kebuntuan pada minit ke-16 di Mestalla setelah dikasari Martin Montoya di dalam kotak penalti.
Dia kemudian menambah gol kedua pada minit ke-38 selepas Montoya menolak Karim Benzema.
Penyerang itu kini melengkapkan 101 jaringan penalti, dengan 94 gol untuk kelab dan tujuh untuk Portugal.
Dia juga menjaringkan 12 gol menentang Valencia dalam 10 pertemuan kedua-dua pasukan dalam liga.