Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo hargai sokongan peminat Portugal di sebalik hala tuju masa depannya

ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada penyokong Portugal atas sokongan mereka dalam Piala Dunia 2018, namun belum mengesahkan sama ada dia akan terus menyarung jersi kebangsaan atau tidak. 

Ronaldo tidak berdaya untuk menyekat juara Eropah, Portugal, tersingkir daripada kempen Russia 2018 selepas dihukum oleh ketajaman Edinson Cavani untuk menghantar Uruguay ke suku akhir.

Ini bermakna kempen Ronaldo dan pesaingnya, Lionel Messi, yang pasukannya kalah 2-4 kepada Perancis, berakhir dengan kegagalan serentak pada hari yang sama dalam penampilan Piala Dunia yang mungkin terakhir bagi mereka. 

Ronaldo memilih untuk tidak membincangkan masa depannya selepas kekalahan itu sambil jurulatih Portugal, Fernando Santos, meluahkan hasrat agar khidmat bintang Real Madrid berkenaan boleh ditagih sempena saingan Piala Negara-Negara, September depan. 

Ronaldo menggunakan media sosial untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong Portugal atas sokongan mereka dalam Piala Dunia.

"Sokongan anda sentiasa menjadi asas kepada kami," tulis Ronaldo di Instagram bersama bendera Portugal.

"Terima kasih Portugal."

Masa depan Ronaldo di peringkat kelab juga dalam keraguan. Ketua pasukan Portugal itu memberi isyarat dia mungkin meninggalkan Madrid selepas memenangi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut pada Mei lalu. 

Advertisement

Must Watch Video