Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo, Dybala boleh beraksi bersama, kata Allegri

paulodybala.jpg
SASSUOLO 0 JUVENTUS 3

Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Alegri, menegaskan Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala boleh beraksi bersama selepas pasukannya kembali ke landasan kemenangan dengan menggugurkan pemain Argentina itu.


Dybala diarah meminta maaf selepas dilihat mengamuk pada penghujung perlawanan ketika Juve diikat Parma 3-3 minggu lalu dan dia diletakkan di bangku simpanan ketika pasukan itu menewaskan Sassoulo 3-0 di Stadium MAPEI, awal pagi tadi.

Allegri hanya menurunkan Dybala pada tujuh minit terakhir perlawanan ketika Juve selesa dengan dua gol di depan hasil jaringan Sami Khedira dan Ronaldo.

Emre Can kemudian melengkapkan kemenangan 3-0 Juve untuk pasukan pelawat itu kini berkelebihan 11 mata di puncak Serie A.

Allegri memperjelaskan tentang pemilihan pemainnya itu kepada Sky Sport Italia dengan berkata: "Saya memuji pemain kami kerana tidak dibolosi. Ia amat penting dan kami dalam keadaan terbaik.

"Ronaldo dan Dybala dapat beraksi bersama dan mereka pasti akan melakukannya.

"Namun, kami memerlukan setiap pemain untuk bekerja keras demi mengekalkan keseimbangan dalam pasukan.

"Ia bergantung kepada lawan yang akan kami hadapi.

"Jika mereka bermain secara tertutup, kami perlu melakukan hantaran di sekeliling mereka.

"Jika mereka membuka ruang, kami perlu memanfaatkan ruang itu untuk melakukan hantaran.

"Sassuolo mempunyai pemain tengah yang baik, jadi saya perlukan pasukan yang seimbang seperti itu," katanya.

Dybala hanya menjaringkan dua gol dalam 20 penampilan liganya musim ini.

Ia kekurangan 22 gol berbanding apa yang dilakukannya musim lalu.

Allegri menjelaskan pemain berusia 25 tahun itu kekal menjadi tonggak utama pasukannya, namun mengakui kehadiran Ronaldo mengakibatkan Dybala kurang berkesan dalam beberapa perlawanan.

"Pemain akan kecewa, namun tindakan meletakkan dia di bangku simpanan akan membantunya memulihkan tenaga dan kekuatan mental.

"Setiap pemain mempunyai perwatakan yang berbeza. Dybala masih beraksi di posisi yang sama seperti tahun-tahun terdahulu.

"Ia disebabkan kami mempunyai Ronaldo yang lebih baik sebagai seorang penyerang, kami memerlukan seseorang yang boleh membuka ruang. Kami masih memerlukan pemain di dalam kotak.

"Kami boleh menurunkan Ronaldo dan Dybala serentak, ia bergantung kepada keadaan.

"Ronaldo pernah bermain dengan Karim Benzema dan Gareth Bale, tidak pula mereka hilang akal di sana.

"Setiap pemain memerlukan gandingan yang betul. Mario Mandzukic amat baik dalam membantu Dybala dan Ronaldo," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video