Maurizio Sarri mengesahkan bahawa Cristiano Ronaldo direhatkan dalam aksi persahabatan menentang pasukan pilihan Liga Korea Selatan semalam kerana keletihan.
Ronaldo sekadar memanaskan bangku simpanan dalam aksi yang berakhir 3-3 itu tatkala Sarri menurunkan barisan kuat meskipun tanpa penggempur dari Portugal itu.
Matthijs De Ligt disenaraikan dalam kesebelasan utama bersama Gonzalo Higuain dan Mario Mandzukic, menyaksikan Juve terpaksa menunggu tandukan lewat Blaise Matuidi dan jaringan hebat Matheus Pereira untuk mengikat lawan.
Dan Sarri mendedahkan dia berbincang dengan Ronaldo dan Pengerusi Juve, Andrea Agnelli, sebelum membuat keputusan tidak menggunakan khidmat pemain berusia 34 tahun itu.
"Kami memberi ruang buat pemain muda yang bersedia untuk diturunkan. Ronaldo kepenatan, jadi kami rehatkannya," kata bekas pengurus Chelsea itu.
"Ronaldo dijangka beraksi tetapi dia tidak berada di tahap 100 peratus akibat penggunaan otot berlebihan. Saya bercakap dengan Agnelli dan Ronaldo sebelum perlawanan. Kami mendapati keputusan merehatkannya adalah yang terbaik."
Dua daripada tiga gol ketika aksi pramusim yang diraih Juve sebelum perlawanan semalam hadir daripada Ronaldo yang perlu kembali ke tahap terbaik menjelang pertemuan persahabatan dengan Atletico Madrid di Stockholm 10 Ogos ini.
"Kini, kami mempunyai 10 hari tanpa perlawanan, jadi kami akan fokus mempersiapkan diri ketika latihan," tambah Sarri.