Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben, kembali menyertai sesi latihan penuh dan mungkin disenaraikan dalam skuad utama bagi menghadapi pusingan pertama Piala DFB-Pokal.
Pemain berusia 33 tahun itu terlepas kebanyakan daripada aksi pra-musim selepas mengalami kecederaan betis ketika sedang bercuti.
Bintang Belanda itu terpaksa mengikuti program pemulihan, namun sudah pun mengikuti latihan penuh bersama rakan sepasukan semalam dan mungkin disenaraikan apabila berdepan Chemnitzer.
"Arjen Robben semakin hampir untuk membuat penampilan," menurut kenyataan yang dikeluarkan Bayern.
"Dia sudah pun menyertai sesi latihan penuh tiga hari sebelum aksi DFB-Pokal membuka tirai pada Sabtu ini."
Sementara itu, pemain pertahanan, Javi Martinez, disahkan tidak akan beraksi ekoran mengalami kecederaan betis selepas aksi Piala Super DFL berdepan Borussia Dortmund.